Online Diary {。^◕‿◕^。} dEeYa DomO {。^◕‿◕^。}

Thursday, February 7, 2013

Dunia Yang Merayu


Salam jumaat semua., semalam deeya tengok lah forum perdana hal ehwal Islam(*ayah nak tengok,aku join sekali) tajuk dia dunia yang merayu., macam best je , so tengok lah, tapi tengok separuh je., heheh.,tapi ada lah jugak bende dapat dari rancangan tu.,


apa yang deeya dapat semalam ialah:

Ustaz Badli Shah Alauddin cakap, kalau orang yang hidup dia dekat dunia hanya pentingkan dunia(orang2 yang gfalah) Allah akan bagi dia 4 perkara ni,:
  1.  diri sentiasa dalam kebingungan
  2.  sibuk sehingga tiada masa
  3.  dia mempunyai kehendak tapi tidak pernah sampai/dapat
  4.  ada angan2 tapi tak pernah jadi dan sampai ke sudah lah angan2 tu


tanda2 orang yang gfalah dengan henfon(handphone):
  1. dia akan resah duduknya apabila di tempat yang dia duduk tu tiada line internet(wifi and so on)
  2. bangun sahaja dari tidur tak sempat buat apa2 terus bukak facebook dan sebagainye(tak mandi lagi terus bukak itu ini)
  3. kalau ambik gambar tujuan utama ambik gambar tu nak masuk facebokk dan sebagainya(nak2 kalau ambik gambar orang2 yang masuk tv,kononnya aku jumpa orang ni, orang tu)
so, ingatlah jangan kita leka dengan keindahan dunia kerana dunia hanya sementara, akhirat yang kekal abadi., sebenarnya tak salah nak guna handphone mahal2 ke apa, ikut kemampuan masing2 kan, tapi janganlah terlalu lara' dengan semua tu., betulkan niat baru hidup kita elok.,ingat hidup dekat dunia ni ada akhiratnye, tu cakap Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail.,

::renungkan and selamat beramal::

~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa

42 Kelebihan Selawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W



tiba2 hari ni banyak pulak bende yang nak dipostkan., maybe ni last for today., ok lah, deeya nak share sikit apa yang deeya tahu., deeya pun baca dari paper jugak kelebihan berselawat ni., so jom baca 

42 Kelebihan Berselawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W

  • melaksanakan perintah Allah SWT
  • bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasullulah SAW
  • bersama dengan selawat para malaikat
  • mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan(selawat daripada Allah bererti rahmat)
  • dikurniakan oleh Allah SWT 10 darjat atas tiap-tiap satu selawat
  • ditulis oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat
  • dihapuskan oleh Allah SWT 10 kejahatan atas setiap selawat
  • segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT
  • mendapat syafaat daripada Rasullulah SAW
  • mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban
  • Allah SWT akan menutupi segala dukacita
  • dikurniakan makam yang berhampiran dengan Rasullulah SAW
  • mendapat darjat al-Sidq
  • ditunaikan segala hajat
  • selamat dan sejahtera pada hari Kiamat
  • Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang selawat
  • mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga
  • selamat sejahtera daripada huru-hara hari Kiamat
  • Rasullulah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  • mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa
  • mendapat kedudukan yang baik pada hari Kiamat serta tidak akan kecewa pada hari tersebut
  • tidak akan merasa fakir
  • terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil
  • mendapat kesejahteraan daripada doa Rasullulah SAW kepada yang berselawat
  • selawat akan menjemput pengucapnye ke jalan syurga
  • menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut oleh Allah SWT dan Rasul-Nya
  • berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • selawat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari Kiamat
  • terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh
  • disambut oleh Allah SWT pada hari Kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  • mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT
  • mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • mendapat kesempurnaan iman
  • kasih dan cinta kepada Rasullulah SAW
  • mendapat hidayah daripada Allah SWT
  • setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasullulah SAW secara langsung
  • teguh pendirian dengan kebenaran
  • berselawat bermaksud kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasullulah ke atas diri kita. Di samping itu, ia dianggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasullulah SAW kepada kita
  • selawat juga bermaksud melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasullulah dan juga diri sendiri
  • berselawat juga bermaksud zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT
  • antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah terjelma gambaran Rasullulah SAW di dalam jiwanya
  • dikurniakan oleh Allah makam seorang syeikh dan murabi
okay, selamat berselawat semua., insyaallah Allah ada bersama kita ., AMIN YA ROBBAL ALAMIN

~ wassalam ~

budak kecik, 
dEeYa

The PopLook



last week ada beli dress baru., wahhh., comel giler., 


~ selamat sampai ~


~ the penny chiffon maxi ~

korang mesti nak kan., so saper2 yang berminat boleh lah ke The Poplook., deeya tengok banyak jugak dress2, top and banyak lah lagi dekat website ni., so rajin2 lah singgah yew.,

~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa

They Are My Strength: Part III (Final)



dah sampai pun final part., okay, part ni nak cerita pasal orang2 yang deeya sayang selain mak ayah and keluarge., siapa eak., jeng, jeng , jeng.,



 ~ BFF aku sampai biler ~


~ akak comel kita ~


 ~ my second mother hoho ~


~ kenal dah dekat 12 tahun ! ~


~ orang yang selalu bagi nasihat and macam2 kat aku ~


~ penceria suasana ~


~ garang tapi suka buat lawak ~


~ anje saya ~


~ twilight kami ~


~ kalau pandang sekali mesti ingat anak cina hehe ~

haaa., tu lah antara orang2 yang aku sayang., kawan2., kita hidup mesti kena ada kawan2 kan., jangan jadi kera sumbang pulak., kalau sorang2 tak best pulak kan., takde lah kita gelak2, nangis2, gaduh2 and macam2 lagi., walaupun kadang2 dengan kawan kita ada salah faham, itu perkara biasa lah., nanti akan baik jugak., nak2 kalau kita dah kenal lama dengan diorang., kalau gaduh ke apa ke, mesti rasa tak sedap hati kan., that's because diorang dah jadi part of diri kita., so kena pandai cari kawan yang boleh tolong kita masa susah and senang., jangan cari kawan yang ajak kita ke arah keburukkan., ingat tu.,

{。^◕‿◕^。}{。^◕‿◕^。}{。^◕‿◕^。}{。^◕‿◕^。}{。^◕‿◕^。}{。^◕‿◕^。}{。^◕‿◕^。}


ehhhhh., tak habis lagi la., hahaha., ada lagi sorang ., ADAKADABRA.....



heheh., malu pulak nak cerita pasal orang sebelah tu(*malu la sangat kononnye)., kenal masa form 4., start ehem2 pun masa form 4., alhamdulillah, rasa bahagia je dengan dia., the only one yang deeya banyak giler bersabar., hope hubungan ni sampai ke akhir hayat kitorang., dia selalu buat deeya rase happy, sedih, marah and dia banyak jugak bagi nasihat., muka cik abang ganas tapi hati ada taman rama2., hehehe(*jangan marah bie)., lastly I LOVE YOU DAK DEMOK.,

okay., dah habis dah., hopefully, korang2 pun kena lah pandai cari kawan and carilah orang yang betol2 sayang and cintakan anda sebab Allah., dalam hubungan yang paling penting kena ada kepercayaan, kejujuran dan yang paling penting banyak2 kan bersabar., insyaallah, bahagia., tak kesah lah hubungan dengan sama jenis or lain jenis., 

~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa







Wednesday, February 6, 2013

They Are My Strength: Part II



kalau hari tu cerita pasal my parents now my family which is my sisters, my brother, brother in-law and my nephew and niece(*tibe2 english plak hohoh).,


 ~ my lovely along and angah ~


~ my only brother ~


 ~ my along husband ~


~ my angah husband ~


~ my first nephew hafiy ~


~ my second niece meena ~

Actually kakak, abang, adik(*sape2 yang ada adik, aku bongsu ahahah), penting sebenarnye dalam kehidupan kita., apa2 pun kita mesti ingat family first., ayah deeya selalu cakap, "apa2 jadi dekat kita adik beradik dengan keluarga yang akan tolong dulu"., means that jangan lah kita sombong or bermasam muka dengan adik beradik or keluarga., ada sesetengah keluarga tu dengan mak ayah pun boleh gurau, tu maknanye diorang memang rapat giler., so hargailah adik beradik korang, nak dibandingkan orang yang anak tunggal tu lagi lah macam sunyi je.,

~ wassalam ~

budak kecik, 
dEeYa

Tuesday, February 5, 2013

Student Outfit



pagi2 nie dah ada idea nak tulis something., bagus2., pagi2 kan fresh lagi biasalah tu., ok., sekarang kan dah masuk 2013., umur pun dah makin meningkat(*sedar dah tue hahah), so kalau yang lahir area tahun 1990-1995 mesti dah jadi student U kan., so what the suitable outfit for those student in that age., hmmmm., meyh nak share sikit

For Girl:
ok lah, sekarang banyak fesyen yang dah up-to-date kan., macam2 ada., kalau tudung gaye itu lah ini lah, baju pun macam tu jugak., tak kesah lah kan ikut keselesaan masing2., ok, kalau macam nak pergi kelas or kuliah kan sesetengah tempat belajar kena pakai yang sopan2 and ada sesetengah ikut lah tapi jangan lah sampai menjolok mata., biase kalau muslimah of course lah pakai baju kurung or seangkatan dengannye lah kan, or boleh jugak pakai ala2 nak pergi pejabat contohnye kemeja, skirt yang bawah lutut and seluar., pastu kalau keluar nak pergi jalan2 ke dating ke(*aku lah 2 hahahah) pakai lah ikut keselesaan korang., macam deeya suka pakai seluar+top+tudung(*tak kesah tudung apa asal lawa :-P) or kadang2 pakai skirt labuh or palazzo., kasut biase pakai flat shoes jew or kadang2 pakai lah wedges.,  

~ see comel je kan pakai macam ni~

For Boy:

Boys ni tak tahu sangat tapi deeya share yang deeya tahu jelah ok., kalau nak pergi kelas kan, sama lah macam girls, ada U macam ni ada U macam tu., ok biase boys akan pakai kemeja kan, kalau dah pakai kemeja tu biarlah sesuai sampai ke bawah, maksudnye atas dah smart bawah aduyyy, tengok pun tak nak buat calon suami., pakai biarlah sempurna orang cakap., kemeja+seluar slack+kasut., ni tak ada pergi kelas pakai selipar jamban je., aduyyy, tangkap muat giler bro., sekurangnye kalau tak nak pakai kasut pun pakai sandel pun okay., tapi cari lah t-shirt yang sesuai, rasa kalau pakai kemeja dengan sandel tak berapa nak padan., biase boys ni pakai memang tangkap muat je(*bukan semua ok)., ada tu smart memang smart habis lah,. lagi satu rambut, as a student rambut biarlah kemas, ni tak macam penyanyi rock pun ada., kalau nak pergi jalan2 baru lah pakai biase2 je.,

~ comfem smart pakai macam ni~

ok, hope entry ni dapat beri tak banyak pun sikit lah kot, tips nak ke kuliah., 

~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa

Sunday, February 3, 2013

Al-Fatihah



dah 11 hari nenek deeya pergi kepada Pencipta-Nya., sedih rase dah takde nenek and atuk(belah ayah)., pagi 24.1.2013 tulah last tengok nenek.,deeya,mak,akak and 2 orang makcik mandikan nenek pagi tu., lepas zohor ayah call mak cakap nenek dah nazak., sampai je kampung nenek dah takde., mule2 tengok orang kafankan nenek hati dah rase nak nangis, muke nenek masa tu nampak macam senyum je., dah siap semue tinggal nak cium., air mata dah mengalir dah., sedih nye masa tu., and the last person yang cium nenek adalah my dad., masa tu deeya dengan kak ngah deeya nangis memang tak boleh nak cakap., sebak giler dada., apa pun deeya sentiase doakan tok and tokayah sentiase ada di kalangan hamba-Nya yang beriman., insyaallah ., AMIN.,

~Munah binti Endul., 84 years., ILOVEYOU TOK,.~

wassalam..

budak kecik,
dEeYa
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen