Online Diary {。^◕‿◕^。} dEeYa DomO {。^◕‿◕^。}: 42 Kelebihan Selawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, February 7, 2013

42 Kelebihan Selawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W



tiba2 hari ni banyak pulak bende yang nak dipostkan., maybe ni last for today., ok lah, deeya nak share sikit apa yang deeya tahu., deeya pun baca dari paper jugak kelebihan berselawat ni., so jom baca 

42 Kelebihan Berselawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W

  • melaksanakan perintah Allah SWT
  • bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasullulah SAW
  • bersama dengan selawat para malaikat
  • mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan(selawat daripada Allah bererti rahmat)
  • dikurniakan oleh Allah SWT 10 darjat atas tiap-tiap satu selawat
  • ditulis oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat
  • dihapuskan oleh Allah SWT 10 kejahatan atas setiap selawat
  • segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT
  • mendapat syafaat daripada Rasullulah SAW
  • mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban
  • Allah SWT akan menutupi segala dukacita
  • dikurniakan makam yang berhampiran dengan Rasullulah SAW
  • mendapat darjat al-Sidq
  • ditunaikan segala hajat
  • selamat dan sejahtera pada hari Kiamat
  • Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang selawat
  • mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga
  • selamat sejahtera daripada huru-hara hari Kiamat
  • Rasullulah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  • mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa
  • mendapat kedudukan yang baik pada hari Kiamat serta tidak akan kecewa pada hari tersebut
  • tidak akan merasa fakir
  • terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil
  • mendapat kesejahteraan daripada doa Rasullulah SAW kepada yang berselawat
  • selawat akan menjemput pengucapnye ke jalan syurga
  • menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut oleh Allah SWT dan Rasul-Nya
  • berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • selawat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari Kiamat
  • terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh
  • disambut oleh Allah SWT pada hari Kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  • mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT
  • mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • mendapat kesempurnaan iman
  • kasih dan cinta kepada Rasullulah SAW
  • mendapat hidayah daripada Allah SWT
  • setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasullulah SAW secara langsung
  • teguh pendirian dengan kebenaran
  • berselawat bermaksud kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasullulah ke atas diri kita. Di samping itu, ia dianggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasullulah SAW kepada kita
  • selawat juga bermaksud melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasullulah dan juga diri sendiri
  • berselawat juga bermaksud zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT
  • antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah terjelma gambaran Rasullulah SAW di dalam jiwanya
  • dikurniakan oleh Allah makam seorang syeikh dan murabi
okay, selamat berselawat semua., insyaallah Allah ada bersama kita ., AMIN YA ROBBAL ALAMIN

~ wassalam ~

budak kecik, 
dEeYa

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum., korang2 jangan segan nak tinggalkan comment ok.,
terime kasih daun keladi DEEYA

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen