Online Diary {。^◕‿◕^。} dEeYa DomO {。^◕‿◕^。}

Friday, February 22, 2013

My Favorite

waaaa., segar and yummy., apakah? hehe., of course lah susu., deeya suka sangat marigold HL milk(*sejak biler taktau).,susu ni rasa dia tak macam susu lain., cuba korang minum susu rendah lemak yang jenama lain tu, rasa mesti rasa susu pure kan., tapi HL ni rasa susu dia ada manis2 sikit., sebab tu deeya suka., tak terlalu manis and tak terlalu berlemak., korang tahu tak susu bagus untuk tulang., tak kesah berapa pun umur korang., penjagaan tulang tu penting dari usia muda lagi., so jom minum susu ramai2.,


~ mmm, yummy., heee., ~


~ haha., tibe jumpe orea, bahan je ~


so, selamat mencuba., hehehe.,


~ wassalam ~



Thursday, February 21, 2013

SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT



hai korang2.,jom join segmen ni., macam best dan tarikh tamat pun lama lagi., jemput2 join okay., ^_^


~ klik banner okay ~

                                                                                                                                  

Tuesday, February 19, 2013

Pesanan Hok Jamang Abad


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim., sesungguhnye aku berasa sangat bertuah kerana Engkau mengurniakan seorang yang sangat baik buatku selama aku hidup di atas muka bumi-Mu ini.,aku hanya mampu berdoa agar Engkau memanjangkan jodoh kami hingga akhirnye dan insyaallah hingga ke syurga-Mu ya Allah.,

Assalamualaikum cinta, waalaikummusalam rindu.,

Hari ini hati aku tersentuh sebab 'dia' memberi pesanan-pesanan yang selama ini aku tak pernah nak rasa.,katanya nak buat macam cite 7 Petala Cinta.,haha.,macam2 lah., tapi aku happy dengan semua nie.,syukur alhamdulillah.,

The 7 love order for me:

1. Ingat Allah dan Rasulnye

2. Jangan tinggal solat

3. Cintakan manusia kerana-Nya

4. Jangan lupa cinta kita takkan pernah berubah

5. Rindu takkan hilang pada si dia

6. Jangan sesekali lupakan orang yang dicintai

and the most i love was he say.,(7th)."bie sayang sayang sangat3.,<3.,

wow.,so sweet., i can imagine how's my feeling when i read the message., it's something that i never feel before.,never k.,i'm glad Allah meet me with someone like him., i hope one day he will be mine for the rest of my life., and i prayed we both will in Jannah.,insyaallah., amin ya robbal alamin.,

 

wassalam.,



Monday, February 11, 2013

Balik Kampung !!


Sabtu baru ni, deeya balik kampung., best giler sebab ramai yang balik., biase lah kan kalau kenduri memang ramai lah yang balik., yang paling best dapat jumpa sedara mara., sekarang kan susah sikit nak balik kampung sebab both my grandparents dah kembali ke rahmatullah., so, maybe dalam sebulan atau dua bulan tu baru balik., tak pun kalau ada kenduri ke, cuti sekolah., yelah semua orang busy belajarlah, kerjalah., susah lah., perkara yang paling best bila balik kampung adalah mandi sungai., hahah., rumah atuk deeya dekat je dengan sungai pahang., so ambik lah kesempatan yang ada., 


anak2 buah siap buat khemah lagi., hahaha


meet my uncle and cousin


 jauh giler nak sampai dekat sungai tu


cousin deeya siap memancing lagi., lawak betol


dah prepare awal2 bawak baju mandi., afiq2


indahnya ciptaan Allah


umor kitorang beza setahun je, tapi dua2 kecik., cousin deeya lagi tue k., haha


dah petang pun panas lagi

tu lah serba sedikit gambar2 masa dekat kampung., pagi sibuk dekat dapur petang terjun sungai., tak sabar rase nak balik lagi.,

~ wassalam ~


Valentine Day Bertentangan Syarak


wahhh., segar pagi2 ni(*tibe2kan)., kalau sebut je valentine mesti couple2 sibuk lah prepare itu ini kan., but did u know something what is valentine means? hmmm., meyh nak bagitahu sikit.,

kalau nak diikutkan cakap Ken Sweiger, perkataan valentine ni asalnya dari bahasa Latin bermaksud 'yang maha perkasa, yang maha kuat dan yang maha kuasa', yang digunakan pada zaman Rom Kuno kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi., korang tahu tak apabila seseorang minta dengan pasangan dia 'to be my valentine' maksudnye orang tu dah mintak pasangan menjadi 'sang maha kuasa'., NAUZIBILLAH., tahu tak perbuatan tu adalah bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT., perkara ni sama je dengan usaha menghidupkan balik semangat budaya pemujaan berhala., kalau ikut Panel Kajian Akidah(PKA), Panel Kajian Syariah(PKS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), amalan adalah haram dan bertentangan ajaran Islam.,

hari valentine ni tidak pernah dianjurkan oleh Islam malah roh perayaan ni bercampur dengan perbuatan maksiat dan semua tu sama sekali bercanggah dan dilarang Islam., sebab dilarang menyambut ni bukan nak halang keseronokan tapi berlandaskan kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah., umat Islam diminta tidak merayakan perayaan ni sebab boleh merosakkan akidah dan akhlak., jangan sebab nak seronok tapi belakangkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.,

korang kena ingat Islam tak halang umat dia nak bercinta sebab cinta tu fitrah manusia tapi mestilah berdasarkan hukum Islam bukan berteraskan hawa nafsu semata., lagi satu kita jangan lupa janji syaitan dan sekutunya kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman., firman Allah SWT yang bermaksud "Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan menyeruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".(Surah an-Nisaa, ayat 119).,

ingat okay., Islam sangat mengambil berat tentang perbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus serta tasawwur mereka mengenai sesuatu perkara menjadi jelas., jangan kita ikut contoh umat jahiliah yang anggap persoalan akidah ni hanya sekadar umumkan identiti diri sahaja., firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar." (Surah al-Hujurat, ayat 15)., ketahuilah Islam itu indah.,


~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa


Sunday, February 10, 2013

Masihkah Aku Mampu??



Ya Allah, selagi aku diberi nyawa, Engkau kuatkan lah hatiku untuk menerima ujian-Mu., aku hanya mampu berserah pada-Mu.,

hari2 menangis.,taktau bile nak berhenti., aduyyyy la., sedihhhhhhhh.,

~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa

Saturday, February 9, 2013

Segmen : Naikan followers blog



nak join? jom., segmen berakhir 13/2/2013., (*klik je dkt gambar okay).,

~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen