Online Diary {。^◕‿◕^。} dEeYa DomO {。^◕‿◕^。}: Valentine Day Bertentangan Syarak

Monday, February 11, 2013

Valentine Day Bertentangan Syarak


wahhh., segar pagi2 ni(*tibe2kan)., kalau sebut je valentine mesti couple2 sibuk lah prepare itu ini kan., but did u know something what is valentine means? hmmm., meyh nak bagitahu sikit.,

kalau nak diikutkan cakap Ken Sweiger, perkataan valentine ni asalnya dari bahasa Latin bermaksud 'yang maha perkasa, yang maha kuat dan yang maha kuasa', yang digunakan pada zaman Rom Kuno kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi., korang tahu tak apabila seseorang minta dengan pasangan dia 'to be my valentine' maksudnye orang tu dah mintak pasangan menjadi 'sang maha kuasa'., NAUZIBILLAH., tahu tak perbuatan tu adalah bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT., perkara ni sama je dengan usaha menghidupkan balik semangat budaya pemujaan berhala., kalau ikut Panel Kajian Akidah(PKA), Panel Kajian Syariah(PKS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), amalan adalah haram dan bertentangan ajaran Islam.,

hari valentine ni tidak pernah dianjurkan oleh Islam malah roh perayaan ni bercampur dengan perbuatan maksiat dan semua tu sama sekali bercanggah dan dilarang Islam., sebab dilarang menyambut ni bukan nak halang keseronokan tapi berlandaskan kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah., umat Islam diminta tidak merayakan perayaan ni sebab boleh merosakkan akidah dan akhlak., jangan sebab nak seronok tapi belakangkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.,

korang kena ingat Islam tak halang umat dia nak bercinta sebab cinta tu fitrah manusia tapi mestilah berdasarkan hukum Islam bukan berteraskan hawa nafsu semata., lagi satu kita jangan lupa janji syaitan dan sekutunya kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman., firman Allah SWT yang bermaksud "Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan menyeruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".(Surah an-Nisaa, ayat 119).,

ingat okay., Islam sangat mengambil berat tentang perbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus serta tasawwur mereka mengenai sesuatu perkara menjadi jelas., jangan kita ikut contoh umat jahiliah yang anggap persoalan akidah ni hanya sekadar umumkan identiti diri sahaja., firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar." (Surah al-Hujurat, ayat 15)., ketahuilah Islam itu indah.,


~ wassalam ~

budak kecik,
dEeYa


5 comments:

  1. kak deeya klu kite bg sesuatu pd hri valentine pd someone utk sjew2...yg tu dikire hram jgk kew???

    ReplyDelete
    Replies
    1. npe nak bagi time valentine, hari lain banyak kan.,

      Delete
    2. sbb time tue jew sy bole jmpe die...
      lps nie x da...sy nk g overseas...

      Delete
  2. yeke?
    ohw
    carilah mase.,
    selagi roh dikandung bdn.,
    sblum2 nie xnak plak bg kan.,

    ReplyDelete
  3. nak wat mcm mne da pjj...

    ReplyDelete

Assalamualaikum., korang2 jangan segan nak tinggalkan comment ok.,
terime kasih daun keladi DEEYA

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen